top of page
Writer's pictureDewataraya MY

Dewataraya Live @ Merdekarya

Bagi yang mengikuti Merdekarya di Twitter dan Instagram, pasti anda semua tahu isu yang dihadapi mereka dalam memastikan Live Bar mereka terus berjalan.

Pada awalnya, kami dijadualkan untuk menghidangkan 12 lagu di Merdekarya pada bulan Februari 2022 tetapi telah ditunda dari bulan ke bulan hinggalah Mei 2022. Jadi, pada 13 Mei yang lalu, hajat kami untuk mempersembahkan lagu lagu kami di Merdekarya telah tercapai.

Kami tiba di Merdekarya pada jam 630pm untuk soundcheck pada jam 7pm. Pada mulanya kami sangka kami terlalu awal tetapi tidak. Pentas dan engineer telah bersedia menerima kami. Jadi, benarlah kata orang, “Awal tak kalut”.

Satu isu teknikal yang kami hadapi ketika soundcheck adalah static noise yang bocor menerusi channel sequence kami. Setelah pelbagai solusi yang kami cuba, kami berjaya reduce kan static noise yang bocor tersebut.


Setelah selesai soundcheck, kami berjalan kaki ke 7eleven yang berhampiran untuk chill sebentar dan tenangkan diri, makan aiskrim dan bergambar.


Tepat jam 9pm, set dimulakan oleh Eloise Lau. Lagu lagu beliau sangat menyentuh hati. Suaranya yang lunak diiringi gitar akustik berjaya menyampaikan mesej mesej dari lagu beliau.

Set kami bermula pada 10pm. Untuk set pertama, kami sajikan lagu lagi yang sedikit ringan iaitu, Panggilan Masuk, Tenang Damai, Timur, Masa dan Rasa dan Pelisiran. Satu perasaan yang lain muncul. Mungkin nostalgia datang daripada lagu lagu lama.

Kami berehat sebentar sebelum memulakan set kedua. Sambil rehat ada beberapa penonton yang tampil untuk membeli album kami. Kami sangat terharu.


Set kedua kami dimulakan lebih kurang jam 1050malam. Dalam set kedua, lagu lagu lebih heavy. Semuanya dari album kami. Penipuan, Bahana Pidana, Demimu, Biarkan Masa, Ikhtiar Akhir dan Hadiah Buat Semua. Saat yang paling kami tidak dapat lupakan adalah apabila Najmi tiba tiba menyanyikan bahagian Heidi dalam Biarkan Masa. Kenang sampai mati wehhh.


Setelah set kami berakhir, sekali lagi kami rasa sangat terharu kerana ada beberapa penonton yang tampil untuk membeli album juga. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan. Sampai jumpa lagi ok?


credit video: @mahirah.f



5 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page