top of page

Homegrown Jammin Session

Writer's picture: Dewataraya MYDewataraya MY

Pada 12 Mac yang lalu, kami telah dijemput oleh HyppTV untuk merakamkan 7 lagu kami secara live untuk slot Homegrown Jamming Session mereka. Seperti yang telah kami beritahu dalam blog post yang lepas, Hakim tidak dapat bersama kami untuk sesi ini kerana beliau telah dijangkiti virus covid-19.

Perjuangan perlu diteruskan (aicehhh). Jadi tepat jam 11am, kami telah sampai ke tempat recording, Pulse Soundworks Studio. Ketibaan kami diiringi oleh lagu dan melodi yang cukup indah. Rupanya, kugiran Teman Lelaki sedang merakamkan sesi mereka. Ahh telinga kami ibarat dibuai oleh lagu mereka.


Tiba giliran kami. Terus terang kami katakan, kami semua agak yakin dengan persembahan kami kerana masih mengekalkan disiplin latihan bersama 2-3kali setiap bulan. Hanya Nawi yang sedikit risau. Beberapa hari sebelum album launch pada Januari lalu, tekak beliau telah disahkan bernanah oleh doktor. Beliau baru sahaja sembuh beberapa hari yang lalu. Jadi, Nawi dalam mood berhati hati dan kurang yakin dengan vokal beliau.

Set kami dimulakan dengan Panggilan Masuk dan diakhirkan dengan Hadiah Buat Semua. Lagu Biarkan Masa dan Tenang Damai tidak kami mainkan.


Setelah selesai rakaman, kami berehat selama 30 minit dan terus ke bilik rakaman kedua untuk sesi temu ramah. Semuanya berjalan lancar. SOP temu ramah pada ketika itu adalah wajib memakai pelitup muka dan tidak boleh bersentuhan sesama kami.

Secara keseluruhannya, kami sangat hargai kemanisan pengalaman ini. Terima kasih HyppTV. Kami tidak sabar untuk menonton Homegrown Jammin Session di kaca TV kelak.




14 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page