Dek kerana covid 19, kali ini semuanya agak kelam kabut. Hakim tidak dapat bersama kami dalam salah satu peluang besar yang ditawarkan kepada kami kerana beliau disahkan menghidap penyakit covid-19.
Peluang yang ditawarkan sangat besar. Rugi jika kami tolak tawaran tersebut. HyppTV Homegrown kot. Taktahu bila lagi akan dapat peluang macam ni.
Jadi, kami bersepakat untuk letakkan bass track ke dalam sequence kami. Tugas memasukkan bass ke sequence ini diberikan kepada vokalis kami, Nawi Zharif, kerana beliau lah yang menyimpan stem submix untuk kesemua lagu kami. Walaupun masa yang ada kurang dari 1 hari untuk menyediakan sequence dan berlatih, dengan yakin beliau menerima tugasan tersebut.
Kami cuma ada satu malam untuk sesi raptai dengan sequence baru. Studio pilihan pada malam tersebut ialah Sarang Suara Studio, Seri Kembangan, Selangor. Kami bersepakat untuk menempah studio tersebut selama 3 jam. 830-1130pm. Kami sedar akan kesuntukan masa yang kami hadapi. Oleh itu, kesemua ahli band datang awal dan berjaya melengkapkan proses setup seawal jam 850pm.
Dengan semangatnya, kami mulakan latihan kami dengan lagu Panggilan Masuk. Kedengaran track bass sedikit off dari click. Beberapa milliseconds je. Kejap lagi kita adjust laa sikit. Terus ke lagu kedua, Tenang Damai. Alangkah terkejutnya kami apabila bass track dalam sequence masuk terlalu lambat. Apabila diperiksa semua lagu, semua sequence bass off dari tempo lagu. Nawi terus mengaku akan kesilapannya yang tidak memeriksa sequence sebelum ke studio. Tidak sempat dan tidak larat katanya.
Aqmal terus duduk dihadapan laptop dan mula “troubleshoot”. Habis 20minit di hadapan laptop, masih lagi bass tidak kedengaran sync bersama tempo. Aqmal membuat keputusan untuk membuat project file baru untuk kesemua sequence lagu. Hampir satu jam kami menyusun semula sequence dan Najmi menjadi tukang dengar untuk pastikan kesemua track tight dengan tempo.
Dengan berbaki lebih kurang satu jam setengah, latihan kami berjaya dijalankan tanpa masalah teknikal yang lain. Cuma yang berlegar difikiran kami ketika itu adalah, pakaian apa yang kami patut pakai pada hari rakaman Homegrown Jammin Session itu nanti.
Nantikan posting kami yang seterusnya berkenaan pengalaman kami pada hari rakaman Homegrown Jammin Session.
Comentarios